selamat meliwati laman ini

www.xesx.blogspot.com

Thursday, October 16, 2008

KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH






BERITA PENGUSIRAN DAN PEROBOHAN RUMAH OLEH DEVELOPER BUKIT LENANG SDN.BHD DAN TINDAKAN REPRESIF SERTA PENANGKAPAN OLEH POLIS TERHADAP PENDUDUK DI KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH , JOHOR BAHRU.

15 Oktober 2008: Masyarakat di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor, Malaysia mengadakan malam pertemuan bersama penduduk kampung dan sebahagian partisan dari luar serta NGO dan Kolektif yang ada di Malaysia. Musyawarah ini dilaksanakan dalam rangka perlawanan terhadap Developer Bukit Lenang yang akan menggusur kampung mereka pada besok harinya tanggal 16 Oktober 2008. Beberapa Ahli pengurus Kampung memberi arahan serta semangat kepada setiap penduduk agar terus bertahan serta melawan penggusuran secara paksa oleh pihak developer, walaupun pengesahan dari Mahkamah Malaysia belum menandatangi kesefahaman kepemilikan tanah kampung itu sebenar.

Pada sebelah malam hari juga di adakan pemutaran filem dokumentari tentang pengusiran oleh pihak berkuasa daerah disalah satu kampung yang terletak di selangor ,Malaysia serta pemutaran tentang ” Mari Beraktivisme” yang mengisahkan tentang sebuah kolektif di kuala lumpur mengisi agenda kolektif dengan berbagai aktifitas seperti Food Not Bomb, serta kesenian.Pemutaran film berakhir pada jam 00.30 dan dilanjutkan dengan Solat Hajat dan doa bersama oleh masyarakat kampung.
Sehingga jam 4 pagi masyarakat kampung terus berjaga-jaga agar kampung mereka dalam keaadaan selamat. Seperti yang dikatakan oleh Pak Taslim,”kami akan terus bertahan sehingga penempatan baru di Bukit Dagang siap”. Masyarakat kampung sehingga ke hari ini masih dalam status tidak jelas yang mana pertikaian tanah telah berlangsung selama hampir 23 tahun. “sekiranya mereka masih juga melakukan perobohan,mereka telah menghina mahkamah dan saya siap melakukan apa saja jika itu akan tetap tejadi” kata pak kasim yang bertindak sebagai ketua keselamatan Kampung Baru Plentong Tengah.

16 oktober 2008: Jam 7.30 pagi Masyarakat kampung mulai berangsur-angsur mendatangi tempat aksi berlangsung. Diperkirakan seribu orang masyarakat kampung akan turun untuk aksi pagi ini untuk melakukan aksi menolak penggusuran yang akan di lakukan oleh pihak Deveploper. Disamping itu kekuatan pihak polis yang berseragam diperkirakan seramai 200 orang , SB ( special Branch ) seramai 100 orang,dan FRU seramai lebih 100 orang dan sebuah helikopter yang mengintai dari udara. Terlihat juga ada puluhan masyarakat kampung yang masih berkumpul di masjid. Pada mesyuarah tetutup semalam, masyarakat kampung juga berantisipasi jika adanya provokator yang akan menimbulkan kericuhan pada aksi protes di jalankan.dalam pembicaraan itu juga antisipasi terhadap pihak polis yang berpakaian preman juga di waspadakan, sekiranya mereka akan menyelit masuk kedalam kumpulan masyarakat.

Jam 8.49 pagi: AJK memberi himbauan kepada masyarakat kampung yang masih belum turun kejalan untuk bersama turun untuk menyambut tetamu istimewa (Developer Bukit
Lenang Sdn Bhd). Terdengar bacaan ayat suci Al Quran dari Masjid yang mengiringi perjuangan masyarakat kampong untuk tetap bertahan dan menuntut hak mereka sampai itu semua tertunaikan oleh pihak deveploper.

Jam 9.15 pagi: Perhimpunan penolakan telah berkumpul semua di pintu masuk utama ke kampung . Pihak polis mengarahkan pasukan FRU untuk berada kelompok masyarakat dalm tujuan mengawal agar tidak terjadinya kericuhan dalam aksi. Pihak Polis cuba menangkap Encik Kasim yang bertindak sebagai ketua keselamatan, atas sebab di anggap sebagai provokator. Aksi berjalan dengan damai pada awalnya,dan masyarakat juga telah di himbau agar tidak melakukan tindakkan agressif.

Jam 9.30 pagi: Negosiasi antara peguam dan pemaju sedang berjalan.

Jam 10.25 pagi: Pemaju mendapat perintah tanpa notis bertulis dari mahkamah untuk merobohkan rumah-rumah kosong. Terlihat juga beberapa jentera berat untuk perobohan.

Jam 10.30 pagi: Peguam memberitahu penduduk kampung bahwa hasil perundingan dengan pihak pemaju gagal, dan pihak berkuasa memberi arahan perhimpunan bersurai dalam masa 10 menit.
Jam 10.32 pagi: Belum sempat 10 menit waktu yang di beri, FRU terus melakukan kekerasan terhadap pendemo yang sedang melakukan aksi duduk dengan menolak dan memukul para pendemo. AJK Keselamatan, Encik Kasim di tangkap secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan. Disamping itu juga beberapa orang penduduk, Encik Meon dan Encik Hassan di pukul oleh FRU hingga pingsan dan di bawa lari ke Hospital. Terlihat juga seorang wanita Tionghoa berusia 60tahun di pukul hingga tersungkur ke tanah. Anak-anak juga turut mendapat kekerasan yang tak sepatutnya.Pihak polis juga menangkap siapa sahaja yang berada di dalam perhimpunan itu. Turut di tangkap 3 orang aktivis dari SUARAM, dan 3 orang aktivis dari kolektif A//LC. Menurut informasi yang di dapat sekitar 45 orang lelaki dan wanita telah di tangkap oleh pihak polis.
Jam 10.44 pagi: Jentera berat di iringi pihak polis memasuki kawasan kampung dan merobohkan rumah penduduk. Masyarakat tidak dapat berbuat banyak kerana tertekan oleh penjagaan yang diiringi oleh tindakan represif.
Jam 11.00 pagi: Masyarakat kembali memenuhi halaman masjid, dan terlihat kesedihan atas kegagalan mereka untuk mempertahankan kampung.
Jam 11.20 pagi: Peguam lansung menuju ke Balai Polis Johor Jaya dengan tujuan menjamin mereka yang tertangkap. Tapi peguam tidak di benarkan masuk oleh pihak polis atas sebab akan mengganggu jalannya siasatan.

Jam 2.42 petang: Mereka yang di tangkap masih lagi di soal siasat oleh Pihak Polis, dan mendapat informasi, 4 orang peguam yang telah dihantar ke balai polis masih lagi tidak dapat berjumpa dengan tahanan.
Sekian saja informasi yang dapat kami sampaikan, dan kami akan menyampaikan informasi lebih lanjut.

Diisi oleh : Abdul Gapur ( Ahimsa Independence Media, Batam Indonesia yang saat ini berada di tempat kejadian).


SAMBUNGAN DARI INFORMASI DEMONSTRASIDI KP. BARU PLENTONG TENGAH JOHOR ---> INFORMASI DARI PARA PENDEMO YANG DI TANGKAP.
10.30 pagi: Para pendemo di tangkap atas sebab di tuduh membuat kekecohan pada aksi dilangsungkan. Mengikut dari pengelihatan di tempat, pihak FRU melakukan tindak kekerasan dahulu. Sedangkan waktu yang di beri untuk bersurai adalah 10 menit. Belum sampai waktu yang di tetapkan, pihak FRU langsung menggunakan kekerasan dengan memukul pendemo menggunakan rotan. Seorang peguam yakni Hasan Karim yang berunding damai dengan pihak polis juga mendapat tindakan represif dari pihak FRU .Dan tidak sedikit dari pendemo yang di pukul dan di sebat menggunakkan rotan. Aktivis-aktivis dari SUARAM dan kolektif A//LC juga mendapat tindakan keras sehingga leher dan kaki serta tangan mereka terdapat luka -luka.
10.50 pagi : Menurut informasi dari Balai Polis Johor Jaya, jumlah pendemo yang di tangkap pada waktu itu sekitar 28 orang. Menurut informasi dari orang kampong ada sekitar 45 orang yang di tangkap, dan mereka di bahagi kepada 2 Balai Polis. Dari 28 orang yang di tangkap di Balai Polis Johor Jaya, ada 2 orang wanita dan salah satu dari wanita itadalah Aktivis dari Suaram.
11.00 pagi : Para pendemo yang di tangkap tiba dibalai polis. Waktu di turun kan dari truck di balai polis berkenaan, para pendemo di gari merka secara ramai2 dan di layan seperti binatang., Para pendemo di himpun di khemah bagian parking kereta di balai polis tersebut. Salah seorang dari pendemo wanita yang di tangkap langsung memaki Polis sebagai penjahat, pembunuh bangsa ,penipu dsb. Pakaian–pakaian pendemo koyak rabak atas tindakkan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU.

11.30 pagi : Para pendemo yang di tangkap dibawa langsung ke pejabat CID. “kami di bawa ke atas oleh dua orang anggota polis yang tidak berunifom mengherdik rakan See Siew Min, yaitu salah seorang dari aktivis SUARAM , yang bertanya tentang kesalahan apa kami di tangkap” kata Bigso salah seorang aktivis dari A//LC . Siew Siew Min juga meminta nama dan no kad kuasa polis berkenaan agar tidak akan terjadi pencabulan hak serta kekerasan nantinya. Secara tetiba Polis tersebut berlembut kerana takut akan ancaman dari Aktivis tersebut.

12.20 pagi: Para pendemo di introgasi secara terpisah eorang demi seorang. Polis meminta mereka menyebut nama dan menyerahkan kad pengenalan para pendemo. Polis juga turut memaki hamun para pendemo yang di minta keterangannya dan polis juga mengeluarkan perkataan yang mengatakan “ korang semua bodoh sebab ikut perhimpunan haram”.

3.10 petang: Mereka di soal siasat atas sebab apa kenapa berada di tempat kejadian.Salah satu polis menyoal pendemo seaakan memaksa pedemo bersalah dan menybababkan kekecohan terjadi. Padahal polis dan FRU yang melakukan kekerasan dahulu.
4.20 petang: Peguam Hasan Karim datang dan memberi jaminan bahwa para pendemo tidak akan di penjara. Terlihat juga berbagai parti politik dan Ngo yang datang dan memberi sokongan kepada 28 orang para pendemo yang di tangkap.
6.30 petang: Para para pendemo di minta ambil gambar dan nomor siri tahanan dan cap jari seperti layak nya seorang penjenayah .Para pendemo harus menungu giliran untuk di ambil gambar dan cap jari.Peguam india , yang namanya tidak disebut datang member sokongan dan jaminan apa yang di perjuangkan akan Berjaya sahut peguam.sebab mereka janji akan tolong masyarakat kampong baru Plentong Tengah untuk memenangkan kes di Mahkamah pada 29 October nanti.
7.10 petang: Polis meminta jaminan orang kampung untuk pembebasan bersyarat para pendemo yang di tangkap. Penduduk kampung yang sudah berada di balai polis memberi jamnan kepada para pendemo yang di tangkap. Dalam masa yang sama polis menawarkan surat medical check up dari balai bahwa luka yang pada tahanan terjadi ketika demontrsi adalah luka yang bukan disebabkan oleh pihak polis dan FRU, tapi mereka menyatakan itu adalah luka yang di sengajakan oleh para tahanan.
7.40 malam: Semua Para pendemo yang di tangkap di bebaskan dengan keadaan pakaian yang koyak rabak, dan dalam masa yang sama para pendemo yang di tangakap harus kembali ke balai polis pada 30 Oktober untuk menyatakan mereka bebas sepenuhnya. Bagi mereka yang tidak hard pada 30 Oktober nanti, mereka akan dikenakan denda sebesar RM 1000. Kesemua tahanan ini akan di awasi waktu demosntrasi selanjutnya pada 29 hb ini.

Diisi oleh: Abdul Gapur (Ahimsa Independence Media Batam Indonesia yang saat ini berada di tempat kejadian ).

p/s : Semua informasi waktu dibalai polis adalah dari mereka yang di tangkap pada hari itu.Foto-foto pada waktu kejadian boleh dilihat di www.wassup-rockers.blogspot.com


p/s:- artikel ini aku ambil dari A//LIBERTY KOLEKTIF ! :D

Wednesday, October 15, 2008

SEPETANG D VILLAGE KOPITIAM , BANDAR PERDA (BUKIT MERTAJAM)

Kedai D Village yang terletak di Bandar Perda tidak jauh dari rumah aku (Permatang Pauh) , sekurang-kurangnya 6 KM, dan ia juga terletak bersebelahan dengan opis aku MPSP :)
Malam tadi aku,madlan, fozi , jart + kawan dia ( Nurul ).
Sesaja berjumpa dan berborak mengenai percutian hari raya yang lepas..
dah la tu ada WIFI.. dan bayaran pun atas pesanan makanan je. cas bil elektrik xde langsung..
so kami mmg berpuas hati dengan layanan dan persekitaran D Village.


Saturday, October 11, 2008

Petrol mungkin kembali RM1.92 seliter

Petrol mungkin kembali RM1.92 seliter

JOHOR BAHRU 10 Okt. – Dengan harga minyak dunia kini turun kepada AS$82 (RM287) setong, kerajaan membayangkan harga petrol di negara ini dapat kembali dijual pada harga RM1.92 seliter seperti dua tahun lepas jika harga minyak global jatuh di bawah AS$72 (RM252) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, fenomena itu dijangka berlaku jika permintaan minyak mentah di pasaran dunia menurun dan tercetus kemelesetan ekonomi dunia.

“Kalau kita mahu menikmati semula harga petrol RM1.92 seliter, maka harga minyak dunia perlu turun mencecah AS$72 setong.

“Harga minyak dunia semakin menurun dan penurunan harga boleh berlaku sekiranya kurang permintaan di negara maju seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penaiktarafan kilang zip, YKK (M) Sdn. Bhd., yang bernilai RM6.4 juta di Larkin di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan YKK, Sakato Nagasaki.

Penurunan kali terakhir harga petrol dan diesel di negara ini ialah pada 24 September lalu dengan harga minyak petrol jenis RON 97 turun kepada RM2.45 seliter, RON 92 kepada RM2.30 seliter, manakala diesel kepada RM2.40 seliter.

Sebelum itu, harga petrol ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Menurut Shahrir, penurunan harga minyak oleh kerajaan dibuat berpandukan fakta mengikut kadar pertukaran ringgit dengan dolar AS.

Jelasnya, jika nilai ringgit meningkat berbanding dolar maka harga minyak akan dapat diturunkan ke paras yang lebih rendah.

Katanya, keputusan mengenai penurunan harga minyak akan diketahui pada mesyuarat kabinet akhir bulan ini.

Sementara itu, Shahrir memberitahu, bukan kesemua barang keperluan di negara ini dapat dikawal harganya kerana ketiadaan mekanisme harga.

Contoh, terbaik, katanya, ialah santan kelapa.

“Santan tidak boleh dikawal kerana kita tidak tahu sukatan kepekatannya. Ada permintaan santan pekat dan santan cair, ini perkara logik yang harus difahami pengguna,” katanya.

Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan mengawal harga kelapa parut yang termasuk dalam 17 barangan kawalan pada musim perayaan.

Menurutnya, sebanyak 600,000 biji kelapa dari Indonesia telah diimport menerusi FAMA pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu bagi membantu mengawal harga santan.

Shahrir menjangkakan tiada masalah permintaan akan berlaku pada perayaan Deepavali hujung bulan ini.

p/s:- entah le betui atau tidak? :D

Thursday, October 09, 2008

Richard Ashcroft - Break The Night With Colour (Abbey Road)

Richard Ashcroft - Break The Night With Colour (Abbey Road)

* lagu kegemaran ku..aku gemar irama POP :D



Wednesday, October 08, 2008

Thursday, 16th to Saturday, 25th October 2008: Emergency Festival, The Annexe, Central Market

image

EMERGENCY FESTIVAL! Sebuah Darurat Dua Minggu is a 16-day explosion of histories, images, narratives and sounds from the first Malayan Emergency from 1948-1960. A Multi-Arts Festival featuring theater, exhibition, film screenings & daily interactive presentations.

All happening at The Annexe, Central Market, KL

Info, schedules and more: fiveartscentre.org

What is THE MALAYAN EMERGENCY?

“The Malayan Emergency was a state of emergency declared by the British colonial government of Malaya in 1948 and lifted in 1960, as well as an insurrection and guerrilla war fought between government forces and the Malayan National Liberation Army around the same period. The state of emergency entailed the revocation of many civil rights, the granting of special powers to the police, and other measures aimed at the suppression of left wing political movements, especially the Malayan Communist Party (MCP). The guerrilla war was part of the ongoing conflict between the MCP and other leftists, and the colonial establishment, starting shortly after the Japanese withdrawal in 1945 and extending to the signing of the peace treaty between the communists and the government of Malaya in December 1989.” - read more: here

KEMBALI - THE BUTTERFINGERS


ini bukan promosi album KEMBALI, cuma beritahu sesaja....ini adalah album terbaru Butterfingers (KEMBALI) ..muzik memang terhibur untuk anda..aku pun dengar-dengar lagu dari Myspace mereka je...
so apa tunggu lagi..dengar je la... lagu2 mereka...memang syahdu dan enak telinga anda..

hahahaahha~


website:- www.butterfingers.com.my

buleh didapati:-

Klang Valley

1. Fantasy Music Center (Sunway Pyramid)

2. Muzik Ekpres (Shah Alam)

3. Victoria Music Center (Sq Wang)

4. Victoria Music Center (BSC)

5. Victoria Music (Amcorp Mall)

6. Rock Corner (1 U)

7. Rock Corner (Mid Valley)

8. Rock Corner (The Garden)

9. Rock Corner (Bangsar Village)

10. Rock Corner (The Curve)

Southern Malaysia

1. Inverno Music Station (Melaka Makota Parade)

2. Yee Hai (Melaka Makota Parade)

3. Pusat Music Swee Suat (Seremban Terminal 1)

4. Oriental Records (Kluang)

5. Eastern Music Center (Johor Bahru)

Northern Malaysia

1. Far East Records (Ipoh)

2. Friendly Records (Ipoh)

3. Artist Gallery (Penang Gurney Plaza)

East Coast

1. Fairy Music Center (Kuantan)

2. Exceed Music Centre (Kuantan)

3. Kemaman Music Center (Kemaman)

4. Muzikal Suara Emas (Kota Bahru)

Monday, October 06, 2008

Fenomena Telefon Bimbit

TIDAK lama dulu kita marahkan kepada televisyen kerana menyediakan rancangan panas sempena hari raya. Gara-gara itu menyebabkan orang tidak keluar rumah kerana asyik tunggu skrin tv untuk tonton rancangan khas. Acara kunjung mengunjung bagi mengeratkan silaturahim terjejas kerana rancangan hiburan itu.

Para artis yang bersinar banar mengambil bahagian dalam rancangan itu menjadi daya tarikan. Entahlah... orang kita, bila sebut fasal artis, bintang filem ia mengalahkan golongan lain. Hebat betul pengaruh arits dalam masyarakat Melayu. Kalah para ulama dan para alim dibuatnya. Orang tidak tampal gambar alim ulama di bilik tidur tetapi banyak gambar artis dan filem star di simpan di bilik tidur untuk dijadikan sumber ilham.

Lama kelamaan rancangan hiburan khas hari raya di tv tidak menarik lagi. Sebabnya ia menyediakan konsep sama setiap tahu. Tunjuk artis dan pelawak kacau dodoi atau buat ketupat, tak ada kisah lain. Tidak ada pembaharuan langsung. Mesejnya sama saja setiap tahun dari tahun 60-an hingga ke tahun 2000 sama juga.

Hari ini hiburan di tv itu tidak jadi fenomena merosakkan suasana dan roh edfitri lagi. Kita mungkin merasakan lega kerana perkembangan ini. Bagaimana pun ada fenomena baru yang boleh mengambil alih atau menjadikan manusia lalai dan syok sendiri. Fenomena ini menjadikan orang sanggup bersendirian, tidak mahu cakap dan tidak pedulikan sesiapa. Semuanya seperti orang kena penyakit angau.

Fenomena ini berlaku di mana-mana saja. Malah ia lebih teruk daripada fenomena hiburan di tv tadi. Apa yang dimaksudkan ialah feneomena telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas - SMS dan segala macamnya. Fenomena atau gila SMS atau gila telefon bimbit ini sungguh menyedihkan sekali. Orang yang terkena penyakit telefon bimbit dan main SMS ini tak akan pedulikan kepada dunia sekelilingnya lagi dan tidak peduli makan dan minum lagi.

Tidak kira di mana, atas kereta, dalam rumah, bawah pokok pun jadi. Pulak tu kini line telefon bimbit boleh diakses di mana-mana saja. Jadi ianya boleh digunakan di mana-mana tempat yang disukai. Kadang-kadang ke dalam bilik kecil pun diangkut telefon bimbit untuk membaca dan membalas SMS.

Semua orang juga kini memiliki telefon bimbit. Dari pelajar universiti sampailah kepada mak cik dan pak cik yang menoreh getah di bukit dan gunung. Sambil menoreh bercakap telefon dengan bluetooth di telinga. Begitulah canggihnya dan meluasnya penggunaan telefon bimbit. Rimau tengok pun naik heran.

Saya mulai terkesan betapa teruknya fenomena ini ketika mengunjungi sebuah keluarga saya di kampung dua tiga hari lepas untuk berhari raya. Keluarga berkenaan mempunyai tujuh anggota lima anak dua ibu dan bapa. Kesemua mereka ada telefon seorang satu malah ada yang sampai tiga. Sewaktu saya sampai dan memberi salam semua mereka sedang ralik dengan telefon masing-masing.

Kelima-lima si anak sedang berSMS. Begitu juga dengan si mak dan si ayah sedang bercakap dengan seseorang. Kerana masing-masing sibuk dengan telefon sampai salam diberi tidak terjawab oleh sesiapa. Si bapa bersalam pun sambil telefon terganggam ditangan, macam endah tidak endah saja. Begitu juga dengan mak, melayan isterinya saya seperti dalam mamai baru bangun tidur. Telefon tetap di telinga dengan kepala terangguk-angguk macam ibu angkut-angkut buat sarang.

Kelima orang anak dara dan bujangnya termasuk yang baru darjah satu tak usah ceritalah. Kedatangan kami langsung tidak dipandangnya kerana asyik menjawab SMS. Teruk!
Keadaan itu sungguh tidak menyenangkan. Rasa menyesal pula mengunjungi rumah keluarga berkenaan. Mereka merasakan kedatangan kami seperti menganggu ketenteraman mereka untuk bertelefon. Masa pulang saya berfikir sendiri betapa telefon bimbit kini sudah merampas kemersaan dan semangat hari raya. Sepatutnya tuan rumah bergembira menyambut tetamu, tetapi ini lain pula ceritanya.

Bukan setakat mula-mula datang saja. Ketika minum dan makan ketupat juga telefon masing-masing berdering membuatkan mereka tidak senang duduk. Si bapa bercakap bukan main lama lagi. Manakala si isteri pula tidak habis dengan ok...ok.... yang tidak juga ok (berhenti). Sungguh menyampah.

Dalam hal ini saya tidak salahkan kepada kecanggihan teknologi maklumat. Dunia hari ini memang memerlukannya. Tanpa peralatan itu dunia kita jadi sempit dan sunyi. Tetapi kalau ianya disalah gunakan sehingga menyebabkan boleh menjejaskan hubungan kemanusiaan segala kemodenan dan kecanggihan itu tidak membawa apa-apa makna lagi. Bukankah tujuan peralatan itu direka untuk menghubungkan manusia sesama manusia! Kalau ianya tidak diguna secara betul bukan kebaikan diperolehi tetapi keburukan!

artikel ini dipetik dari :- http://msomelayu.blogspot.com

Wednesday, October 01, 2008

Malam raya di sama gagah, permatang pauh

Hari raya akan tiba , diselubungi keindahan seruan takbir raya.
Keluarga mak mertua aku bersiap sedia untuk persiapan menyambut raya, Ramai anak sedara & ipar aku berkumpul di rumah. Ini lah kenangan aku yang tidak dilupakan.. lepas tu.. aku pergoi kerumah orang tua ku............dan tido disana.

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA ( 1 SYAWAL 1429)

aku warga kerja es goo..blog mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN" jikalau ada tersilap perbuatan & bahasa...
semoga hari raya yang indah ini akan memberi makna kepada kita semua...


lafaz takbir raya

Tuesday, September 23, 2008

Trailer Revolusi 48

Dokumentari ini merupakan sequel kepada 10 tahun sebelum merdeka.































Jika anda belum menonton 10 tahun sebelum merdeka, anda boleh tonton di http://www.youtube.com/user/10tahun

Revolusi 48 akan mula ditayang pada 20 Oktober 2008. Tunggu kemunculannya di browser berhampiran anda.

Sunday, September 21, 2008

Tindakan polis di ceramah Badar al-Qubra biadap

BUTTERWORTH, 22 Sept (Hrkh) -Tindakan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan yang tidak boleh dimaafkan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri kecam tindakan polis menangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Sanusi Mohd Junid dan mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dengan alasan tiada permit dikeluarkan sebaliknya menyuruh ia diadakan di dalam dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), " ujarnya kesal.

ImagePolis sepatutnya, memberitahu hal itu sejak permohonan permit dibuat bukan mengkhabarkan pada hari Jumaat baru lalu supaya dewan digunakan untuk tujuan itu.

Sedangkan katanya, Dewan Pemuda sudah memaklumkan dalam permohonan permit bersama pelan lakaran penggunaan padang dengan bayaran sewaan RM1,000.

"Kami terpaksa jalankan juga program semalam kerana ikut permit yang diminta padang itu menjadi hak kami kerana menyewa daripada MPSP. Lagipun ia tidak langsung mengganggu jalan raya tambahan Pasukan Unit Amal bersedia menjaga keselamatan sekiranya faktor itu dibimbangi, " tegasnya.

ImageTambahnya, sikap itu jelas mengambarkan, polis masih melaksanakan tugas untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan Umno tengah nazak dan sekiranya ada anggota atasan yang bertanggungjawab semalam beliau harus tanggalkan uniform dan masuk Umno bergiat dalam arena politik tanahair secara sihat.

"Arahan polis menyuruh penggunaan dewan MPSP semalam tidak masuk akal kerana mana boleh sekelip mata ditukar begitu sahaja sebab ia melibatkan borang permohonan lain lebih-lebih lagi hari Sabtu dan Ahad cuti umum,"katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah pula menyifatkan, kejadian semalam merupakan peristiwa pertama setelah bertukaran porfolio Menteri Pertahanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada timbalanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

ImageSemasa kejadian semalam, pasukan keselamatan seolah ingin menimbulkan suasana tegang dengan bertindak menghalang Ustaz Hafiz daripada teruskan ceramahnya yang baru bermula lima minit.

"Keadaan boleh tegang lagi sekiranya Unit Amal tidak mengawal keadaan apabila menghalang kemasukan secara beramai-ramai pasukan polis termasuk Polis Bantuan yang berbaris di hadapan pentas. Mereka juga menghalau semua hadirin yang duduk di atas padang, " kata beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh.

ImageBukan itu sahaja malahan menangkap seorang ahli yang cuba mengawal P.A System daripada di rampas oleh polis juga satu tindakan yang tidak beradab.

Menjawab pertanyaan adakah Dewan Pemuda PAS Negeri lemah menghadapi senario itu beliau menambah, tidak sama sekali bahkan berjanji akan mengadakan ceramah yang lebih besar di tapak penubuhan PAS sejak 1951 itu.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sampai pada pukul 9.45 malam cuma dibenarkan berucap setengah jam sahaja setelah polis berbincang dengan urusetia program.

Sementara itu, Sanusi yang ditahan di Balai Polis Butterworth akhirnya di bebaskan pada jam 2.30 pagi dengan jaminan polis. - mks._


Mari bergambar:-Jom pakat buka puasa di Kelab Cinta Sayang, Sg.Petani ( buffet edition)































tunggu kawan-kawan di Plaza Tol Sg.Dua






























yang selebihnya klik disini:- http://s267.photobucket.com/albums/ii282/esmuska/

Saturday, September 20, 2008

selamat berbuka puasa

hari nie aku ada jamuan berbuka puasa antara member2 myvi motorspor club
di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani kedah
Jam 6.00 petang :D

Friday, September 12, 2008

PERGI MAMP*S SAMA PENDUKUNG RASISME!


PERGI MAMP*S SAMA PENDUKUNG RASISME!

personali gua sangat dukacita dengan apa yang Ahmad Rasis Ismail dan kuncu-kuncunya lakukan sekarang. tapi, gua tak heran sebenarnya. sebab, memang masalah perkauman tak akan selesai selagi Barisan Nasional (baca: Barisan Perkauman Nasional) wujud. cuma gua rasa kecewa sebab, setelah 51 tahun Malaysia merdeka, slogan "hidup melayu" masih bergema. dan gua kecewa sebab kerajaan BN tak pernah nak ambik inisiatif untuk menghapuskan perasaan perkauman sesama kita rakyat malaysia, baik cina, baik melayu, baik india, baik bangsa lain-lain. gua, memang tak boleh bagi harapan tinggi untuk isu perkauman ni. susah nak dihapuskan, ini gua akui. cumanya, gua rasa meminimakan rasa tersebut tidak mustahil. jadi, perkara pertama yang gua pikir untuk mengatasi masalah perkauman ni ialah: MENGHAPUS DAN MENGHARAMKAN SEBARANG PARTI YANG BERDASARKAN KAUM. itu langkah pertama. bila dah berjaya dengan langkah pertama baru gua akan cerita langkah seterusnya ok. apa pun, MANUSIA RASIS YANG BAIK ADALAH MANUSIA RASIS YANG MATI.


* artikel ini diambil dari lama blog :- http://bilik.blogspot.com/

Wednesday, September 10, 2008

SELAMAT PAGI

WAA..SKRG NIE DAH 10 RAMADHAN KITA MENJALANI IBADAH PUASA

CEPATNYA MASA BERLALU..............

TINGGAL 20 HARI LAGI MENYAMBUT 1 SYAWAL.

Saturday, September 06, 2008

Friday, 5th to Sunday, 7th September 2008: Freedom Film Fest @ The Annexe

Festival Highlights

Don’t miss this chance to watch over 20 thought provoking films from all over the world plus the opportunity to meet and talk freely with some of the filmmakers including One Nation Under Lee’s Seelan Palay from Singapore, Indonesian filmmaker Ariani Darmawan (Dragons Beget Dragons) and Malaysia’s very own filmmaker and activist, Chi Too (What Forest?) who’s films will explore issues of culture, identity, race, religion, development and democracy, among many others.

The festival will also have a special screening of the award winning documentary The War on Democracy by critically acclaimed journalist John Pilger.

A special photo exhibition will feature photographs submitted by the public which will challenge and explore the very idea of ‘Democratic Space’ plus various NGOs, filmmakers and local activists will be stationed during the event promoting their organisations so expect to be engaged!

The winners of the Dare2Document filmmaking competition will also premiere their films at the event and will each be presented with the Justin Louis Award at the FFF2008 Awards Ceremony. Ultimately only the most exceptional film will take home “Most Outstanding Human Rights Film” title.


Wednesday, September 03, 2008

16 SEPTEMBER 2008



so apa tunggu lagi..benda percuma..pakat kita pi dengar ya..hehehehe

Monday, September 01, 2008

selamat menyambut ramadhan al mubarak

aku mengucapakan selamat berpuasa kepada korang kalian....
moga-moga dirahmati oleh Allah S.W.T

amin...

Sunday, August 31, 2008

Wednesday, August 27, 2008

Tahniah kepada DSAI ( Parti Keadilan Rakyat )

Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini. Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini.

Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM


Monday, August 25, 2008

2 PETUGAS UMNO DI TANGKAP POLIS

Permatang Pauh 24 Ogos- JAM 520 pagi tadi sekumpulan petugas PKR di cawangan Permatang Tengah yang di ketuai oleh abang misai telah berjaya menahan 2 petugas BN/UMNO yang mengedarkan CD Mohd Saiful dan Najib Razak dalam bentuk ceramah,menampal banner /poster yang mengaibkan DSAI, dan pimpinan PKR /PAKATAN RAKYAT .Mereka ditahan jam 520 pagi tadi oleh petugas-petugas dan penyokong kampung Permatang Tengah dan dari Johor Tenggara yang mengadakan markas di kampung Permatang Tengah ,Permatang Janggus berdekatan dengan pekan Permatang Pauh.

Kedua-duanya berasal dari Bayan Baru dimana kawasan tersebut telah kalah di tangan PKR yang diketuai oleh Dato Zaharin.

MOHD FADLI BIN JOHARI,NO 362
PUTARAN MAYANGPASIR 1 BAYAN BARU,
BAYAN LEPAS.
881209075277


MOHD AFIZ ZAFAR BIN MOHD ZAHIT
BLOCK 4-G-6
FLAT JLN TENGAH
BAYAN BARU.


Kedua-dua mereka kini ditahan dibalai polis Seberang Jaya untuk siasatan lanjut.Turut dibawa ialah bahan bukti yang ada.





TERIMA KASIH BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN

Sunday, August 24, 2008

gambar kenangan piala malaysia

KEDAH jadi juara tahun 2008..itu la pasukan yang terbaik dalam liga malaysia............. aku berpuas hati dengan permainan yang ditunjukan oleh kedua-dua pasukan. maaf ya sbb kesibukan aku terpaksalah aku upload gambar lewat..

gambar selanjutnya sila lawati di:-
http://s267.photobucket.com/albums/ii282/esmuska/









Tuesday, August 19, 2008

Perlakuan lucah Puteri UMNO di Permatang Pauh dikesali

Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi menutup perlakuan lucah mereka.

puteri_umno

*** aku rasa pompuan kurang betui sebelah kiri orang SamaGagah? ***

Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.

Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik.

Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah.

"Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya.

"Bukan cara untuk kita membuat kempen begitu. Ini merupakan seolah-olah serangan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau ketika ditemui di muktamar hari ini.

Menurutnya tindakan mereka ini seolah-olah telah membuat hukuman sendiri terhadap Anwar dan ia merupakan satu tindakan jahat.

"Saya berharap Pakatan Rakyat tidak mengikut rentak mereka dalam membuat serangan peribadi. Jangan cepat melatah dengan kempen mereka," katanya lagi.

Malah kata beliau pernah berlaku d zaman Rasullullah saw, baginda mengadakan acara bergusti dengan ahli gusti Arab, Abu Dardar di mana katanya dia tidak akan menerima Islam kecuali baginda dapat mengalahkannya.

Akhirnya Nabi Muhammad saw menyahut cabaran tersebut dan baginda menang sehingga Abu Dardar memeluk Islam.

"Ini menggambarkan Islam boleh berada di mana-mana keadaan. Begitu juga di Permatang Pauh. Oleh itu kita tetap memberi sokongan padu kepada Anwar.

"Semoga kemenangan Anwar akan membuat perubahan yang jelas di Dewan Rakyat nanti," ujarnya.

Biar apa halangan pun kata beliau PAS tetap menyokong Anwar di Permatang Pauh.

sorakan Hijau Kuning


kami berpakat ramai nak tonton Final Piala Malaysia pada 23hb, di Stadium Bukit Jalil

insyAllah, klau jadi..aku, asmezi, kwan Asmezi & Syukri.. akan kesana...

Pulun Kedah Pulun :D

taklimat SPR

taklimat SPR untuk pilihanraya P 044, permatang pauh
di maktab tuanku bainun, mengkuang.Bukit Mertajam

aku pegi taklimat sbb ditugaskan sebagai Petunjuk Arah Tempat Mengundi'
hehehehe...............

Monday, August 18, 2008

isnin....

SELAMAT PAGI
kepenatan aku pada 4 hari yang lepas kerana kenduri kahwin adik kesayangan aku pada
16 ogos 2008 , semoga berpanjangan ke anak cucu, insyAllah.

Lokasi kediaman:- taman senangan, teluk air tawar
masa:- 12.00 t/hari - 5.00 petang

gambar pengantin:-



photO diambil dari laman blog ahmadtarmizi.blospotcom






Thursday, August 14, 2008

selamat pagi

hari nie aku cuti kecemasan la..
ada urusan keluarga... :)

selamat pagi ..................................

Tuesday, August 12, 2008

selamat tengahari

ayuh ! dong..

sama-sama kita bekerja keras.. :)

hehehehehe..aku x tahu nak tulis apa daaa...

Thursday, August 07, 2008

Jom Pi makan ~

edisi makan ..
jom ar pekena nasi campur dekat bandar perda, Bukit Mertajam
hahaha

menu ? belum diketahui..hahahaha

myvi motorsport club







2 ogos 2008, hari sabtu. aku dan rakan2 dari Myvi Motorsport Club buat konvoi ke Taiping & Bukit Merah ramai gak rakan2 dari sp,penang & a.setar turut serta. so aku tumpng je si JArt naik keta dia..muahahahahaha

untuk selanjutnya..sila klik :-
http://s267.photobucket.com/albums/ii282/esmuska/

gambar2 yg rare! lagi panas ! macam pisang lepat panas !

Sunday, August 03, 2008

hari ini , hari ahad...

hai..dan salam..

hari nie smpat aku luangkan masa ngan blogger aku..hari nie.. xde apa2 aktiviti harian..just rehat-rehat aja ......................

Monday, July 28, 2008

page baru..

yaa...dapat gak masa utk mengeditkan page layout..

sempoi x...hehehehe

selamat petang

hai...

aku baru je ..masuk blogger aku..so aku takde ideal la nak tulis ...hehehe

korang semua da ideal..email je pada aku..

daaa

Thursday, July 10, 2008

MARI NYANYI JILAT ! -CARBURETOR DUNG

Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Carburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya.Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka.Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.



Abdul Rahim Sabri & JImadie Shah Othman Jul 6, 08 7:58pm (malaysiakini.com)

shoutbox

aku nak bikin tagboard la...sebab aku nak komunikasi diantara kamu semua !!

selamat petang malaya!!!


hari nie khamis..hujan di pulau pinang


aku terasa sangat2 ngatuk...waktu2 begini.....................

emm..hari nie xda nak cite ..


bosan...




aku di Institut Tadbiran Awam, sg petani pada 19 Jun 2008

Tuesday, July 01, 2008

malam itu indah !

malam itu indah !

ooh..indah malam..begitu rupanya indah wakru malam..
sepi dan aman..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

selamat malam..

Monday, June 30, 2008

hari nie berkerja

adus...aku hari nie bekerja..

walaupun letih badan pun..tetap bekerja ..utk DOLLAH ! hahahaha

Tuesday, June 24, 2008

25 June 2008


hari ni hujan..membuat aku malas bekerja dan mataku ingin pejam untuk dibuai mimpi..aduss... :D





apa tengok2 ..ada hutang ka ?

Saturday, June 14, 2008

koleksi pix



aksi gambar TT di penang pada 7 June 2008

ada lagi..sambung noo..... hehehehe


baru nak updated


gambar aku masa TT di PISA, penang.... MMC long live !!!!!!!!!

adus..pkul 12.30 tghmalam..baru aku nak buka2 blogger aku. sekian lama aku x mengupdatedkannya..

so cam ne aku nak cari bahan cite aku nie... :)

mlam nie kau nak tonton eure 2008 HOlland vs France


team mana yang akan berjaya...kita tontonkan sebentar nanti ..hahahaha


Friday, February 02, 2007

: PLAYLIST TODAY'S ::


MY PLAYLIST TODAY'S

  • GOTONG ROYONG ...( UUUWEKK)
  • NAPALM DEATH
  • ESOK CUTI
  • SEMAYANG JUMAAT
  • TIDO
  • DEMAM
  • TIDO

:selamat tahun baru @ maal hijrah 1428

waduh ! lama gue ngak updated situs gue yg ketandusan ideal?

harap-harap gue ada balik idea/ilham untuk rakan-rakan gue...



SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1428

Tuesday, November 28, 2006

:: CUTI REHAT ::

WADUH !!! UDAH LAMA NGAK UPDATE SITUS GUE???? NTAH LE TIBA2 CAM SIBIK JE AKU NIE........


  • HARI INI AKU CUTI 1 HARI..BEREHAT KONON..PADAHAL GUE X MELEKAT DI RUMAH...DISEBABKAN GAM DAH ABIS... SO X MELEKAT LA..
  • BANYAK SGT KENDURI KENDARA..PERUT AKU DAH MEMBUNCIS..HEHEHEHE
  • TAMAT

PLAYLIST :-

1. TIDO

2. ALTER JEANS

3. LAYAN LAGU DARI BAND ONANI..HEHEHEHE PORNO GAK AKU NIE

Thursday, November 16, 2006

:: kerja ::

:: kerja.............kerja.....sambil2 dengar lagu dari band THE CASUALTIES.

layan je la....dari aku tertido plak?.......

Tuesday, November 14, 2006

Friday, November 10, 2006

cuti

:: yaaaaahoooooo.. sabtu cuti, dok rumah & pegi kendutri...hehehehe


apa plan korang cuti2 ?

Wednesday, November 08, 2006

:: baru nak bekerja ::

emm... hari nie bekerja gak aku..hari isnin (cuti) & selasa (kursus). sebab tu aku rasa ngatuk nak bekerja hari RABU, anyway..aku tetap tabah dan cekal :)..Mulakan hari rabu !! hehehe.

: apa citer aku yek !!! tunggu la next expisode :P

Friday, November 03, 2006

:: PLAYLIST ::


my playlist today's :-

  • OBITUARY
  • KREATOR
  • sakit kepala
  • hari hujan
  • hooray !

:: cuti ::

hari bekerja dengan bilangan pekerja yang kurang. kursus kata orang-orang tua :)....
1. sakit nya diriku...
2. bosan xde sapa nak sembang ngan gue :)
3. hujan plak !!

HARI SABTU ADALAH CUTI BAGI AKU !! :)

Thursday, November 02, 2006

:: BEKERJA BERSAMA-SAMA SAYA ? ::

MARI BEKERJA BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA, BUKAN UNTUK SAYA !!! :artikel dari PAK LAH !!.

> jadik gue kena keja la..... utk sara diri ? hehehehe..


so apa kata anda? _________________________

Wednesday, November 01, 2006

:: WORK DAY'S ::


:: HARI INI BERMULA ERA PEKERJAAN AKU, DAH SEKIAN LAMA BERCUTI !! :p

:: SELAMAT HARI RAYA ::

SELAMAT HARI RAYA KEPADA PENGUNJUNG MY BLOGGER AS SUCK !! HEHEHE. CUTI-CUTI MALAYSIA KATAKAN, SO AKU AMBIL CUTI TAHUNAN AKU 1 MINGGU ...BOSAN GAK CUTI LAMA-LAMA...ANYWAY AKU BERAYA DENGAN ORANG KU TERSAYANG. :)

ARGGHH ! KENYANG PERUT KU MEMAKAN MAKANAN YG BERMINYAK LAGI MINYAK !! LEMANG + KETUPAT + RENDANG = ?????



P/S : SELAMAT HARI RAYA :: MAAF ZAHIR BATIN