selamat meliwati laman ini

www.xesx.blogspot.com

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA ( 1 SYAWAL 1429)

aku warga kerja es goo..blog mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN" jikalau ada tersilap perbuatan & bahasa...
semoga hari raya yang indah ini akan memberi makna kepada kita semua...


lafaz takbir raya

Tuesday, September 23, 2008

Trailer Revolusi 48

Dokumentari ini merupakan sequel kepada 10 tahun sebelum merdeka.































Jika anda belum menonton 10 tahun sebelum merdeka, anda boleh tonton di http://www.youtube.com/user/10tahun

Revolusi 48 akan mula ditayang pada 20 Oktober 2008. Tunggu kemunculannya di browser berhampiran anda.

Sunday, September 21, 2008

Tindakan polis di ceramah Badar al-Qubra biadap

BUTTERWORTH, 22 Sept (Hrkh) -Tindakan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan yang tidak boleh dimaafkan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri kecam tindakan polis menangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Sanusi Mohd Junid dan mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dengan alasan tiada permit dikeluarkan sebaliknya menyuruh ia diadakan di dalam dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), " ujarnya kesal.

ImagePolis sepatutnya, memberitahu hal itu sejak permohonan permit dibuat bukan mengkhabarkan pada hari Jumaat baru lalu supaya dewan digunakan untuk tujuan itu.

Sedangkan katanya, Dewan Pemuda sudah memaklumkan dalam permohonan permit bersama pelan lakaran penggunaan padang dengan bayaran sewaan RM1,000.

"Kami terpaksa jalankan juga program semalam kerana ikut permit yang diminta padang itu menjadi hak kami kerana menyewa daripada MPSP. Lagipun ia tidak langsung mengganggu jalan raya tambahan Pasukan Unit Amal bersedia menjaga keselamatan sekiranya faktor itu dibimbangi, " tegasnya.

ImageTambahnya, sikap itu jelas mengambarkan, polis masih melaksanakan tugas untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan Umno tengah nazak dan sekiranya ada anggota atasan yang bertanggungjawab semalam beliau harus tanggalkan uniform dan masuk Umno bergiat dalam arena politik tanahair secara sihat.

"Arahan polis menyuruh penggunaan dewan MPSP semalam tidak masuk akal kerana mana boleh sekelip mata ditukar begitu sahaja sebab ia melibatkan borang permohonan lain lebih-lebih lagi hari Sabtu dan Ahad cuti umum,"katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah pula menyifatkan, kejadian semalam merupakan peristiwa pertama setelah bertukaran porfolio Menteri Pertahanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada timbalanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

ImageSemasa kejadian semalam, pasukan keselamatan seolah ingin menimbulkan suasana tegang dengan bertindak menghalang Ustaz Hafiz daripada teruskan ceramahnya yang baru bermula lima minit.

"Keadaan boleh tegang lagi sekiranya Unit Amal tidak mengawal keadaan apabila menghalang kemasukan secara beramai-ramai pasukan polis termasuk Polis Bantuan yang berbaris di hadapan pentas. Mereka juga menghalau semua hadirin yang duduk di atas padang, " kata beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh.

ImageBukan itu sahaja malahan menangkap seorang ahli yang cuba mengawal P.A System daripada di rampas oleh polis juga satu tindakan yang tidak beradab.

Menjawab pertanyaan adakah Dewan Pemuda PAS Negeri lemah menghadapi senario itu beliau menambah, tidak sama sekali bahkan berjanji akan mengadakan ceramah yang lebih besar di tapak penubuhan PAS sejak 1951 itu.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sampai pada pukul 9.45 malam cuma dibenarkan berucap setengah jam sahaja setelah polis berbincang dengan urusetia program.

Sementara itu, Sanusi yang ditahan di Balai Polis Butterworth akhirnya di bebaskan pada jam 2.30 pagi dengan jaminan polis. - mks._


Mari bergambar:-Jom pakat buka puasa di Kelab Cinta Sayang, Sg.Petani ( buffet edition)































tunggu kawan-kawan di Plaza Tol Sg.Dua






























yang selebihnya klik disini:- http://s267.photobucket.com/albums/ii282/esmuska/

Saturday, September 20, 2008

selamat berbuka puasa

hari nie aku ada jamuan berbuka puasa antara member2 myvi motorspor club
di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani kedah
Jam 6.00 petang :D

Friday, September 12, 2008

PERGI MAMP*S SAMA PENDUKUNG RASISME!


PERGI MAMP*S SAMA PENDUKUNG RASISME!

personali gua sangat dukacita dengan apa yang Ahmad Rasis Ismail dan kuncu-kuncunya lakukan sekarang. tapi, gua tak heran sebenarnya. sebab, memang masalah perkauman tak akan selesai selagi Barisan Nasional (baca: Barisan Perkauman Nasional) wujud. cuma gua rasa kecewa sebab, setelah 51 tahun Malaysia merdeka, slogan "hidup melayu" masih bergema. dan gua kecewa sebab kerajaan BN tak pernah nak ambik inisiatif untuk menghapuskan perasaan perkauman sesama kita rakyat malaysia, baik cina, baik melayu, baik india, baik bangsa lain-lain. gua, memang tak boleh bagi harapan tinggi untuk isu perkauman ni. susah nak dihapuskan, ini gua akui. cumanya, gua rasa meminimakan rasa tersebut tidak mustahil. jadi, perkara pertama yang gua pikir untuk mengatasi masalah perkauman ni ialah: MENGHAPUS DAN MENGHARAMKAN SEBARANG PARTI YANG BERDASARKAN KAUM. itu langkah pertama. bila dah berjaya dengan langkah pertama baru gua akan cerita langkah seterusnya ok. apa pun, MANUSIA RASIS YANG BAIK ADALAH MANUSIA RASIS YANG MATI.


* artikel ini diambil dari lama blog :- http://bilik.blogspot.com/

Wednesday, September 10, 2008

SELAMAT PAGI

WAA..SKRG NIE DAH 10 RAMADHAN KITA MENJALANI IBADAH PUASA

CEPATNYA MASA BERLALU..............

TINGGAL 20 HARI LAGI MENYAMBUT 1 SYAWAL.

Saturday, September 06, 2008

Friday, 5th to Sunday, 7th September 2008: Freedom Film Fest @ The Annexe

Festival Highlights

Don’t miss this chance to watch over 20 thought provoking films from all over the world plus the opportunity to meet and talk freely with some of the filmmakers including One Nation Under Lee’s Seelan Palay from Singapore, Indonesian filmmaker Ariani Darmawan (Dragons Beget Dragons) and Malaysia’s very own filmmaker and activist, Chi Too (What Forest?) who’s films will explore issues of culture, identity, race, religion, development and democracy, among many others.

The festival will also have a special screening of the award winning documentary The War on Democracy by critically acclaimed journalist John Pilger.

A special photo exhibition will feature photographs submitted by the public which will challenge and explore the very idea of ‘Democratic Space’ plus various NGOs, filmmakers and local activists will be stationed during the event promoting their organisations so expect to be engaged!

The winners of the Dare2Document filmmaking competition will also premiere their films at the event and will each be presented with the Justin Louis Award at the FFF2008 Awards Ceremony. Ultimately only the most exceptional film will take home “Most Outstanding Human Rights Film” title.


Wednesday, September 03, 2008

16 SEPTEMBER 2008



so apa tunggu lagi..benda percuma..pakat kita pi dengar ya..hehehehe

Monday, September 01, 2008

selamat menyambut ramadhan al mubarak

aku mengucapakan selamat berpuasa kepada korang kalian....
moga-moga dirahmati oleh Allah S.W.T

amin...