selamat meliwati laman ini
Monday, June 29, 2009
selamat hari jadi ke -29
"SELAMAT HARI LAHIR" ke-29
moga panjang umur,murah rezeki dan segala permintaan dan senantiasa berdoa moga2 dimakbulkan
amin...
Sunday, June 28, 2009
Saturday, June 27, 2009
perjalanan ke langkawi (hari pertama)
bermalam 3 hari 2 malam di LANGKASUKA HOTEL, PEKAN KUAH
jom cuti-cuti malaysia, kita round satu ISland ...
hehehehe..
Sunday, June 21, 2009
Laman Web Yang Larang Dilawat Oleh Pegawai Kerajaan
Wednesday, June 10, 2009
KERAJAAN PERPADUAN?
aku kadang-kadang tak paham lah dengan pendirian Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang ni. itu hari isu muzakarah, sekarang kerajaan perpaduan pulak.
tak tau lah apa yang ada dalam kepala Haji Hadi tu. ya betul lah kata dia, kita tak boleh tutup pintu perbincangan dengan orang lain. tapi kalau musuh memang dah tentu tentu nak bunuh kita, kita nak berbincang lagi ke? (boleh lah kasi chance sebelum kita dibunuh!)serius lah, aku tak berapa selesa dengan cara Haji Hadi. aku lebih selesa dengan cara Tok Guru Nik Aziz yang tegas dan berperinsip.
walaupun aku suka dengan cara Tok Guru Nik Aziz, tak bermakna aku sokong kerajaan PAS mahupun PR. sebab aku tak pernah pangkah mana-mana parti pun. cumanya, aku cenderung kepada pihak yang melawan kejahatan.
kepada Haji Hadi:
"kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut"
sumber dari :-bilik.blogspot.com
Thursday, May 28, 2009
Tuesday, May 26, 2009
FINAL UEFA LEAGUE BARCELONA vs MANCHESTER UNITED
siapakah yang akan juara nanti?
kita tungggu....................
Thursday, May 21, 2009
KHAMIS 21- MEI- 2009
aku x tahu nak menulis pa pada waktu petang2 nie..
tadi pun aku x pergi keja, terus ke TAKLIMAT SPR sbb pada 31 MEi ada Pilihanraya Kecil N12 PEnanti pulau Pinang
Saturday, May 16, 2009
Wednesday, May 13, 2009
13 Mei 2009: Kelantan cetus deklarasi perpaduan nasional
KOTA BHARU, 13 Mei (Hrkh) - Tanggal 13 Mei 1969, sejarah hitam negara tercatat. Ramai penduduk menjadi mangsa rusuhan antara kaum. Ia masih diingati sehingga ke hari ini.
Mungkinkah peristiwa seumpama itu berulang kembali, seperti yang pernah berlaku di Kampung Medan beberapa tahun lalu.
Ekoran peristiwa itulah kerajaan mengubal Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990). Dan paling menarik apabila PAS dipelawa Tun Abdul Razak Hussien berada dalam kerajaan Barisan Nasional pada 1974.
Mengingatkan peristiwa itu buat julungkali kerajaan PAS di Kelantan mencetus deklarasi perpaduan nasional dan keamanan sejagat 13 Mei 2009 pada satu sidang akhbar yang agak luar biasa hari ini.
Sidang akhbar itu dihadiri hampir kesemua anggota Exco kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, sebahagian wakil rakyat, penjawat awam dan pemimpin PAS yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara ini.
"Maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.
"Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahu pun dalam negeri sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan.
"Saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidaktentuan dan serba salah. Mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi," katanya.
Menurutnya apa yang ada dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara kini hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana berkecamuk.
Kata beliau sekarang banyak berlaku ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang memegang amanah, namun telah mengkhianatinya.
"Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan
"Maka hari ini 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu," katanya.
Oleh itu beliau mengajak rakyat di negara ini kembali kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T sebagai premis kebahagiaan yang pertama.
Dan keduanya rakyat negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.sumber:- HarakahDaily















