selamat meliwati laman ini

www.xesx.blogspot.com
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, March 03, 2010

AHLI PARLIMEN PKR BAGAN SERAI KELUAR PARTI


BAGAN SERAI 3 Mac- Parti KEADILAN Cabang Bagan Serai sudah lama menjangka akan berlakunya episod keluar parti oleh Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzil Samsuri setelah melihat reaksi beliau yang degil walaupun setelah ditegur berkali-kali mengenai sikapnya yang banyak membelakangi parti.

Melihat kepada prestasi beliau yang tidak memberangsangkan Ahli Parlimen kawasan itu, kepimpinan parti banyak memberi nasihat dan menegur berhubung sikapnya namun tiada perubahan positif yang ditunjukkannya.

Ketua Cabang PKR Bagan Serai Md Nasib Rahim berkata sikap Mohsin yang keras hati dan tidak boleh menerima teguran yang diberikan kepadanya jelas menunjukan bahawa beliau akan mengikut langkah Ahli Parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrin Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mengambil keputusan yang sama.

"Apa yang berlaku hari ini ibarat seperti anjing yang buruk kepala sudah dikutip orang dan dipinang oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Beliau bukan sahaja mempunyai masalah disiplin, malah juga mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan beberapa projek ternakan lembu dan kambing yang diusahakanya banyak terbengkalai," kata Nasib sewaktu ditemui dalam satu sidang media di Pusat Khidmat PKR Bagan Serai.

Tambah Nasib, disebabkan masalah kewangan dan kepentingan peribadinya Mohsin nekad meninggalkan parti yang telah menaikkan beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Disoal mengenai bibit-bibit hubungan Mohsin dengan Umno dan BN, Nasib memberitahu Mohsin pernah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Zahid Hamidi tanpa pengetahuan parti.

Namun beliau percaya perjumpaan ini berkemungkinan untuk urusan tawaran harga yang akan diberikan oleh BN sekiranya beliau keluar dari PKR.

"Saya mendesak dan mencabar ahli Parlimen yang khianat ini meletakkan semua jawatannya termasuk Ahli Parlimen bagi memberi ruang dan kuasa kepada rakyat memilih wakil rakyat yang betul-betul diperlukan dan dengan mengadakan semula pilihan raya dan beliau boleh melihat adakah beliau akan diterima lagi atau tidak oleh rakyat," tegas Nasib lagi.


ed: baguss la..pakat ramai2 ADUN keluar dari PKR...so padam terus nama PKR dari Pertubuhan parti politik...semak perut bagi aku (dah perangai jiwa BN dari dulu nak kata apa)...TQ

Tuesday, February 02, 2010

Facebook Ciptaan Yahudi

Tapak jaringan sosial, Facebook, Fb, dicipta pelajar jurusan sains komputer gagal menamatkan pengajian di Universiti Harvard, Mark Zuckerberg pada 4 februari 2004. Hampir 5 tahun kemudian, Fb kini dilaporkan mempunyai lebih 175 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Hakikatnya, penggunaan Fb menjadi kegilaan masyarakat dunia, tidak terkecuali Malaysia. Ahli politik, ahli perniagaan, artis, pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, pekerja sektor swasta dan kerajaan, antara pengguna berhubung dan bertukar maklumat melalui Fb. Malah ramai jarang tidur malam kerana taksub ‘melayan’ Fb hingga awal pagi dan kemudian mengantuk di pejabat, mengurangkan produktiviti. Segelintir leka membuang masa bersembang kosong tetapi dilabel ‘berkomunikasi’, justeru perlakuan terbabit diterima ramai. Pada masa sama majoriti mendakwa memanfaatkan fb mengikut keperluan masing-masing.

Pagi tadi, saya mencari maklumat berhubung latarbelakang Mark, saya terbaca beberapa fakta berhubung individu ke 321 terkaya di dunia itu, hartanya USD1.5 billion. Dia dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Ayah dan Ibunya, Edward dan Karen Zuckerberg berketurunan Yahudi. Maksudnya Mark Zuckerberg, Yahudi, sekaligus Fb, ciptaan Yahudi.

Sila klik di sini untuk mengetahui antara tujuan awal Mark mencipta Fb.

Selama ini umat Islam di seluruh dunia memboikot barangan keluaran Yahudi, khususnya produk berbentuk 'pilihan' bukan 'keperluan', mengapa tidak Fb? Saya akur, bagi diri saya, Fb BUKAN keperluan, tapak jaringan SOSIAL terbabit tidak lebih sekadar produk pilihan. Saya mampu hidup tanpa menggunakan Fb.

Entah mengapa, secara spontan bayangan sifat kebinatangan Yahudi antaranya di Palestin muncul di fikiran. Kanak-kanak tidak berdosa ditembak mati, nyawa wanita dan lelaki Islam tidak langsung dihargai kaum dilaknat. Bak bait lagu Michael Jackson, 'let us start with a man in the mirror', justeru, esok, 11 Julai 2009, jam 5 petang, akaun Fb saya akan DITUTUP. Biarpun tindakan itu dianggap hanya meninggalkan sekelumit kesan kepada kaum Yahudi, itu sumbangan saya.

Apapun, tindakan saya ini berbentuk PERIBADI. Keputusan pengguna Fb lain, mungkin berbeza mengikut tafsiran mereka.

sumber:- http://mazidulakmal.blogspot.com

Thursday, January 14, 2010

Riots in Italy after racist shootings

Riots in Italy after racist shootings

by Chris Bambery

The Italian state, the country’s ruling right wing government and the forces of organised crime all united to forcibly remove 1,300 migrant workers from the southern Italian town of Rosarno, writes Chris Bambery

“Racial cleansing” returned to western Europe last weekend.

The Italian state, the country’s ruling right wing government and the forces of organised crime all united to forcibly remove 1,300 migrant workers from the southern Italian town of Rosarno.

The migrant workers were rounded up by police and driven to detention centres elsewhere. Those without the required papers have been interned pending deportation.

Italy’s interior minister Roberto Maroni, a member of the racist Northern League, said it had “brilliantly resolved the problem of public order”.

In contrast, a front page editorial on one Italian newspaper compared the situation to Ku Klux Klan violence in the southern US in the 1960s.

Riots were sparked by the members of the local Mafia, the ’Ndrangheta, carrying out a drive-by shooting on immigrant workers returning from work.

An anti-Mafia judge said the shootings were carried out “just to remind everyone that they control the territory”.

Reports of the shootings prompted the enraged migrants to take to the streets of Rosarno, surrounding the home of one of the heads of a powerful local Mafia clan.

Dissolved

Another demonstration on Friday last week saw 2,000 immigrants protest in front of the town hall with shouts of “we are not animals” and carrying signs reading “Italians here are racist”.

The Italian government flooded the town with police and rioting spread as African workers took on both the cops and mobsters.

Italy’s agricultural industry depends on migrant labour and migrants with no legal status are seen as ripe for exploitation.

The migrant workers in Rosarno – mostly Africans – worked from dawn to dusk harvesting oranges and lemons for just 20 euros a day.

Flavio Di Giacomo, the spokesman for the International Organisation for Migration in Italy, said the events in Rosarno exposed how “Italian economic realities are based on the exploitation of low-cost foreign labour, living in subhuman conditions, without human rights”.

The response from the government was very different. The right wing coalition led by Silvio Berlusconi encompasses open fascist groupings and is peppered with politicians linked to the mafia.

Interior minister Maroni claimed the riots were the fruit of “too much tolerance”.

He also defended a proposal introduced by the Northern League last week to cap the number of immigrant students in public school classes at 30 percent.

The Northern League organises anti-immigrant vigilantes and has led attacks on migrant camps.

Blaming

It built itself on racism against southern Italians by blaming them for the country’s Mafia problem.

But it has turned to targeting migrants and now finds itself in league with the mobsters.

The effective collapse of the country’s once powerful left means there is no effective opposition to the government and the racism it sponsors.

Roberto Saviano, the author of the best selling “Gomorrah”, which exposed the reality of organised crime in Naples, praised the immigrants in Rosarno.

He said they had done more than anyone else in Italian society to confront the Mafia.



© Socialist Worker (unless otherwise stated). You may republish if you include an active link to the original.

Dr. Nasir, Pengerusi PSM tentang istilah Allah

PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH PADA MASYARAKAT BUKAN ISLAM
- Pandangan Dr. Nasir Hashim – Pengerusi Parti Sosialis Malaysia

Pertikaian terhadap penggunaan perkataan Allah sudah merebak dan berpanjangan apabila Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KDN) tidak membenarkan penggunaan istilah tersebut. Kes ini telah di bawa ke Mahkamah. Mahkamah telah membenarkannya dan KDN pula telah membuat rayuan.

Walhal sejak zaman Nabi Adam istilah Allah sentiasa di gunakan termasuklah zaman Nabi Musa dan Nabi Isa. Zaman Nabi Muhammad SAW membenarkan agama kaum Yahudi dan Nasrani menggunakan perkataan Allah di mana-mana sahaja.

Di Sabah dan Sarawak pula, padri-padri sudah berpuluh tahun menjalankan upacara ibadah dalam Bahasa Malaysia dan menggunakan perkataan Allah di dalam gereja masing-masing.

Malangnya sebahagian dari masyarakat Islam berpandangan bahawa perkataan Allah adalah untuk orang Islam sahaja. Mereka mensyaki bahawa perkataan Allah sengaja disalahgunakan untuk mengkritiankan orang Islam; menggelirukan penganut Islam dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Islam.

Sepatutnya penganut Islam yang curiga ini patut bersyukur kerana orang Bukan Islam juga mahu menggunakan perkataan Allah di dalam kehidupan harian mereka.

Kerana perkataan Allah memberi makna bahawa tuhan itu Satu. Yang tauhid. Yang tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya. Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Memberi pengakuan sepenuhnya terhap syuhadah ‘La Illah Ha Illallah’ iaitu ‘ Tiada nyata hanya Allah’ atau ‘Tiada tuhan yang ku sembah melainkan Allah’

Pengakuan ‘Ya Rabbil Alamin’ di dalam Surah Al-Fatiha juga memberi peringatan kepada kita bahawa Allahlah yang memiliki dan menguasai seluruh alam’

Al Quran juga menyebut bahawa Allah sendiri akan melindungi rumah ibadah bagi orang-orang Bukan Islam. Betapa sayangNya Allah kepada makhluk-makhlukNya yang terdiri dari berbilang kaum, agama dan warna. Dan barang sesiapa yang mengingkari perintah ini telah pun menderhaka kepada Allah SWT.

Allah bersumpah bahawasanya Allah sendiri memastikan Islam dan Al Quran dipeliharaiNya untuk selama-lamanya. Terdapat orang-orang Bukan Islam di negera Jepun, Eropah dan Negara-negara lain sungguh tertarik dengan lukisan khat yang menyebut nama Allah dan kalimat-malimatNya.

Mereka yang Bukan Islam ini sanggup mempamerkan nama dan ayat-ayat Allah di ruang tetamu mereka kerana nama dan ayat-ayat ini sudah menyentuhi jiwa dan hati sanubari mereka.

Maka salahkah mereka yang Bukan Islam ini menggunakan perkataan Allah di dalam berbicaraan dan penulisan mereka. Mungkin ada mukjizat yang paling besar dan amat bermakna. Mungkin kita tidak mengetahui dan memahami tentang mukjizat ini. Wallahualam.

Pada hakikatnya, bukankah agama Islam ini agama sejagat, untuk semua manusia termasuklah makhluk haiwan, tamanam dan juga yang nyata dan yang luar jangkauan kita.

Soalnya mengapakan orang Islam sendiri sanggup menyempitkan kegunaan perkataan Allah yang seharusnya menjadi milikan sejagat.

Soalnya lagi, adakah kita takut pada bayangan sendiri, kelemahan sendiri lalu mudah sangat melatah, seolah-olah akidah dan iman akan tergugat serta pupus apabila penganut Bukan Islam menggunakan perkataan dan ayat-ayat Allah.

Janganlah perlekehkan agama sendiri. Islam adalah agama yang terbuka dan progresif. Maka itulah Al Quran tidak luntur, tidak kekang dan tidak akan di telan zaman. Sepatutnya cendikaiwan Islam mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang Bukan Islam kerana sudi menggunakan perkataan Allah kepada penganut-penganut mereka.

Walaupun tidak disenangi oleh sebilangan penggnut Islam, namun mereka yang mahu menggunkan nama Allah ini sanggup dicerca dari semua pihak dan masih mahu memasuki mahkamah kerana ingin sangat menggunakan perkataan Allah kepada pengikut-pengikutnya..

Kami percaya Cendiakawan Islam dan agensi-agensi Islam sudah mencukupi dan berkebolehan untuk memantau dan menegur mana-mana pihak yang telah menggunakan nama dan kalimah Allah dengan secara yang tidak tepat. Dan teguran boleh dilakukan bukan dalam keadaan bermusuhan tetapi dalam keadaan saling hormat menghormati.

Isunya mengapa sensitive sangat, seolah-olah dunia ini akan kiamat sekiranya penganut agama lain menggunakan nama Allah. Kalau kita tidak mengizinkan mereka menggunakannyanya maka kita akan didakwa menyempitkan agama sendiri dan benar-benar tidak memahami ayat ‘rabbil alamin’.

Yang dikhuatiri dan menyedihkan adalah, kemungkinan besar kesemuanya ini tidak berkaitan langsung dengan penggunaan perkataan Allah tetapi sudah ada agenda sendiri, agenda politik yang cuba melaga-laga dan memecah-belahkan rakyat berbilang kaum, fahaman politik dan agama . Maka seperti yang disebut di dalam Al Quran bahawa kita telah menjual (mengorbankan) agama kita dengan harga yang murah. Lagi pun kita sudah lama memperduakan Allah dengan mempertuhankan kepada nafsu, politik, keuntungan, kuasa dan kedudukan.

Semoga kewarasan dan keimanan mendahului segala-galanya.

Dr. Nasir Hashim

sumber:- PSM

Dialog Islam dan Kristian telah berjalan di Pulau Pinang

GELUGOR, Pulau Pinang, 14 Jan: Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengadakan dialog antara Islam dan Kristian selepas PAS melakukan pendekatan berdialog dan penerangan kepada bukan Islam dalam isu 'kalimah Allah' demi menjaga keharmonian negara.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berjaya membuka lembaran baru buat PAS terutamanya di tahun baru 2010 yang menyaksikan berbagai peristiwa hitam terjadi pada negara.

Dr Mujahid telah pergi secara rombongan bersama aktivis parti dari Parit Buntar, Perak serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Takiqudin Hamzah, Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Tanjung, Yacoob Omar, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Yusoff Mohd Noor dan Setiausaha PAS Jelutong, Nasir Ismail.


(Gambar: Mujahid menyertai dialog dengan penganut Kristian)

Mereka disambut dan diberikan penghormatan kerana sudi hadir untuk memperjelaskan isu yang menjadi topik hangat ketika ini.

Dialog ini diadakan semalam di Dewan Holy Spirit iaitu sebuah dewan yang berada dalam kawasan gereja Greenland, iaitu terbesar di Pulau Pinang.

Selesai sahaja Dr Mujahid berucap, orang ramai yang memenuhi dewan itu bangun sambil bertepuk sebagai tanda menghormati dan menyanjung ucapan beliau.

Antara rumusan ucapan Dr Mujahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS itu ialah, beliau menasihatkan masyarakat Kristian jangan terpengaruh dengan mainan pihak tertentu yang mahukan negara menjadi tidak tenteram padahal masalah yang berbangkit boleh diselesaikan dengan mudah sekali.

Ia sengaja disensasikan bagi kepentingan politik pihak tertentu terutamanya
melindungi isu yang tengah hangat diperkatakan.

Maka sebab itu, PAS mengambil langkah menangani masalah tersebut dengan berhemat iaitu dengan berdialog bukan berdemontrasi kerana jalan berkenaan membolehkan perpecahan berlaku di kalangan rakyat negara ini.

(Gambar: Antara orang ramai khasnya penganut Kristian dalam dialog itu)

"Sebenarnya isu ini bukan isu sensasi tapi sengaja disensasaikan oleh pihak tertentu untuk menjaga kepentingan politik sempit mereka. Bagi PAS berdialg adalah cara terbaik untuk masyarakat bukan Islam tahu keindahan perjuangan yang diwarisi Junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w, " terangnya.

Tambahan pula Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk memeliharaan Islam sebagai agama rasmi negara serta Perkara 11 (4) dalam kebebasan beragama masyarakat bukan Islam tidak boleh sebarkan agama mereka kepada orang Islam.

Islam juga ujarnya, melarang penganutnya membinasakan rumah ibadat bukan Islam untuk mengelak daripada dianggap Islam itu ganas sekaligus menjauhkan mereka daripada mendekati Islam secara bersungguh.

"Saya yakin Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk pemeliharaan Islam serta Perkara 11 (4) yang melarang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada orang Islam, " tegas beliau.

Turut memberi pandangan pada majlis berkenaan ialah Exco Kerajaan Tempatan dan Lalulintas Negeri, Chow Kon Yeow, Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim dan aktivis Aliran, Anil Netto.


sumber:- Harakahdaily

Thursday, January 07, 2010

Kemalangan: Nizar ditahan di Hospital Raja Perempuan Bainun




Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau hilang kawalan ketika dia cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang itu.

Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital.

sumber :- malaysiakini

Friday, January 01, 2010

'Tok Mat' meninggal dunia


Mantan menteri penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Selepas lama bersara daripada kerajaan dan parti, bekas setiausaha agung Umno itu baru-baru ini menerbitkan sebuah buku Umno: Akhir Sebuah Impian yang mengisahkan pergolakan politik parti itu dalam mengekalkan kuasa.

Beliau, yang lebih popular dikenali 'Tok Mat', mula menyertai Umno sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya umum enam tahun kemudian.

Kawasan parlimen itu kini dinamakan Pulai dan dikuasai anaknya Datuk Nur Jazlan selama dua penggal mulai 2004.

Menurut Bernama, anak sulungnya itu berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya hari ini.

Nur Jazlan berkata allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Menurut agensi berita itu lagi, allahyarham menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Pemimpin veteran Umno itu menjadi menteri penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun
Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, allahyarham menyandang jawatan setiausaha agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung BN dari 1988 sehingga 1999.

Semasa menjadi menteri penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) sewaktu kepemimpinan Dr Mahathir sedang menerima kritikan hebat susulan pergolakan teruk dalam Umno.

Ketegasannya dapati dirasai antaranya dalam isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut
panjang mereka jika mahu menyertai program di RTM.

Mereka yang mematuhi arahan itu antaranya kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy.


ed:- al-fatihah kepada arwah Tok Mat, semoga rohnya dicucuri rahmat...amin

Thursday, December 31, 2009

Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah

Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Setiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, dilaporkan berkata cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo, lapor laman web Liputan 6 SCTV. Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan reformasi pada 1998.Gus Dur, yang turut berpengaruh di kalangan ahli politik dan aktivis Malaysia, memperkenalkan beberapa undang-undang yang memungkinkan permulaan era lebih terbuka dan demokratik di republik itu.Tokoh agama yang disegani ramai dan pejuang hak asasi itu dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

al-fatihah kepada arwah GUS DUR


sumber:- malaysiakini

Saturday, December 26, 2009

Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar Pakatan' |

Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar Pakatan'


SHAH ALAM, 26 Dis: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.


sumber:- harakahdaily

Friday, October 23, 2009

Iklan Air Asia berunsur lucah, tiada tindakan?

Iklan Air Asia berunsur lucah, tiada tindakan?


Bulan ini sahaja sudah beberapa kali iklan Air Asia yang berunsur lucah itu, menggambarkan susuk tubuh pramugarinya disiarkan di stesen-stesen TV swasta namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Penerangan berhubung hal tersebut.

Malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dilihat tidak sensitif dengan eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan terhadap wanita dalam iklan itu sehingga tiada sebarang reaksi balas kementerian sehingga kini.

Lebih mendukacita, iklan terbabit menggunakan seorang kanak-kanak lelaki sebagai subjek atau watak utama untuk 'menghayati' bentuk badan pramugari wanita sebagai galakan untuk naik dan menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Ramai pembaca dan penonton telah menghantar email dan serta menghubungi Harakahdaily memberi reaksi marah atas siaran iklan tersebut yang dianggap begitu memalukan dan telah mencemarkan minda masyarakat khususnya kanak-kanak yang menonton bersama kaum keluarga.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati sejak minggu lalu, sudah begitu banyak blog, web dan pengguna internet yang mengkritik iklan tersebut dan kesal kerana tiada sebarang tindakan drastik untuk membendung unsur lucah yang mengeksloitasi wanita dan merosakkan minda kanak-kanak di bawah usia.

"Sungguhpun filem dan drama tv telah banyak memaparkan unsur yang tidak elok, tetapi kini berjangkit pula kepada iklan. Ini mesti dikaji semula," kata seorang pemanggil yang mahu dikenali sebagai Bakhtiar Musa.

Bagi Rozaili Sidin, sepatutnya iklan penerbangan Air Asia tu bercirikan idea tempatan, adab sopan dan budaya berbanding menonjolkan susuk tubuh wanita untuk meningkatkan promosi jualan.

"Malu jika ianya ditonton ramai terutama kanak-kanak. Ini bukan budaya kita," katanya melalui email yang dihantar baru-baru ini.

Iklan Air Asia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah 'Hot', seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut.

Dalam maklumanbalas yang diterima, ramai yang mahu, syarikat penerbangan tersebut dan stesen tv swasta memohon maaf sekaligus dikenakan tindakan oleh Kementerian yang berkaitan.

video:- http://www.youtube.com/watch?v=Emop-VGGQ-Y

sumber:harakahdaily