selamat meliwati laman ini

www.xesx.blogspot.com

Thursday, December 31, 2009

Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah

Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Setiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, dilaporkan berkata cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo, lapor laman web Liputan 6 SCTV. Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan reformasi pada 1998.Gus Dur, yang turut berpengaruh di kalangan ahli politik dan aktivis Malaysia, memperkenalkan beberapa undang-undang yang memungkinkan permulaan era lebih terbuka dan demokratik di republik itu.Tokoh agama yang disegani ramai dan pejuang hak asasi itu dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

al-fatihah kepada arwah GUS DUR


sumber:- malaysiakini

Gue berada di Kuala Perlis

pergh........lepas balik kursus di MPC,Kepala batas
terus bergegas ke Kuala Perlis.
pi shot gambar Annual DInner staff di Hotel itu dengan bertemakan BACK to 70's...
Hotel Putra Brasmana
dengan pelbagai fesyen yang diperagakan....nanti gue upload pic...


so ..dok lepak2 la dalam bilik yg di SPONSER oleh pihak hotel PUTRA BRASAMANA

Terima kasih................

menu:- Nasi Ayam,Bihun Sup, Chapati,Char keow Tiau, Sate,Jagung Rebus,Teh Tarik dan air berkabonat...




Tuesday, December 29, 2009

MALAYSIA PRODUCTIVITI CENTRE



MPC...kepala batas
MPC
dah 2 hari aku disana...kursus KIK dulu dikenali sebagai KMK (kumpulan mutu kerja)
so last day la..aku nak calooo dari MPC
muahahahaha..

apa2 pun projek KIK blom siap lagi....:D

Sunday, December 27, 2009

DSLR review




Kenduri NAHAR b. Mohd Noor

Kenduri NAHAR b. Mohd Noor
Samagaha,permatang pauh
27 Dis 2009
12 noon - 5 pm

salam..selesai sudah kenduri adik ipar aku Nahar dan pasangannya NYZA dari Balik Pulau,
gue penat betui dengan kerahan kerja mendirikan Khemah dan lain2 lagi....
terima kasih kepada ibubapa gue , Makteh&pakteh,Acik&pakcik...sudi dtg ke kenduri........
dan x lupa juga kepada semua keluarga di samagagah.......................

Saturday, December 26, 2009

Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar Pakatan' |

Umno anjur perhimpunan 'desak PAS Selangor keluar Pakatan'


SHAH ALAM, 26 Dis: Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.


sumber:- harakahdaily

Thursday, December 24, 2009

Seisi persiapan persandingan MOHD NAHAR

Seisi persiapan persandingan adik ipar aku MOHD NAHAR, Samagagah

* kejap je masa...pejam celik..pejam celik dah esok hari jumaat..
akad nikah la adik ipar aku tu...so aku apa lagi..pi tembak jadi jurufoto laaa................

:D

salam 1 malaysia

hai malaysia..
hai rakan2..
hai sedara mara..
hai musuh2 :D

wan seman & naemah




Wednesday, December 23, 2009

Gue bukan gila amek gambar ORANG?

Gue bukan gila amek gambar sana sini ? :D, dah jadi keja part time , amek gambar orang..gue ngan kawan2 gue dari Myvi.com.my berkesempatan ke rumah Husband INTAN di Bedong,kedah.. Utara beb !