selamat meliwati laman ini

www.xesx.blogspot.com

Thursday, January 29, 2009

gambar xtvt berkelah bersama keluarga di SUNGAI SEDIM,KEDAH

gambar xtvt berkelah bersama keluarga di SUNGAI SEDIM,KEDAH
pada raya cina pertama.

jam 2.30 petang







Camry dan Mercedes: Lain Bengkak, Lain Bernanah



1. Dalam Akhbar The New Straits Times (NST) hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar merangkap ADUN Seri Setia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa "Datuk Seri Dr Khir Toyo had approved the purchase of a Mercedes S350L worth almost RM1 million for his personal use with funds from Kumpulan Darul Ehsan Berhad when he was Selangor Menteri Besar."

2. Dakwaan bahawa saya telah meluluskan pembelian kereta Mercedes oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berharga hampir RM 1 juta untuk kegunaan peribadi (personal use) merupakan satu pembohongan dan strategi untuk mengalih perhatian masyarakat.

3. Saya berharap Nik Nadzmi dapat menunjukkan minit mesyuarat KDEB yang menyatakan saya hadir atau membuat keputusan mengenai pembelian tersebut. Mungkin saya terlupa, tapi seingat saya, saya tidak pernah meluluskan pembelian kereta tersebut. Pembelian kereta tersebut dibuat oleh pihak pengurusan KDEB untuk kegunaan pengerusinya, yang kebetulan ketika itu ialah saya.

4. Saya tidak menggunakan Mercedes tersebut atas tujuan peribadi. Saya juga berharap Nik Nadmi dapat membuktikan dakwaannya. Saya hanya menggunakan beberapa kali setahun atas urusan kerja rasmi sebagai Pengerusi KDEB; antaranya ialah ketika menghadiri mesyuarat dengan pelabur luar negara.

5. Saya fikir ramai rakyat Selangor pun tidak pernah nampak saya menggunakan Mercedes jadi bagaimana saya dikatakan menggunakannya untuk tujuan peribadi?

6. Bagi saya jika Nik Nazmi gagal membuktikan bahawa saya yang meluluskan pembelian tersebut maka jelaslah kenyataan beliau itu berniat jahat dan bertujuan menukar isu sebenar pembelian Camry berharga sekitar RM 2.52 juta.

7. Sebagai seorang ADUN dan Setiausaha Politik Menteri Besar saya berharap kenyataan beliau akan lebih bertanggungjawab di samping memahami segala birokrasi pentadbiran sebelum membuat tuduhan melulu.

8. Pembelian Mercedes oleh KDEB jauh berbeza dengan pembelian Camry oleh kerajaan negeri Selangor. Pembelian oleh KDEB dilakukan atas keperluan imej korporat dan menggunakan wang pengurusan syarikat. Sebagai sebuah syarikat besar KDEB mempunyai strategi perniagaan sendiri bagi tujuan menarik pelaburan dan keyakinan di kalangan ahli perniagaan luar negara.

9. Manakala pembelian Camry bukan sahaja menggunakan wang rakyat (duit kerajaan negeri) malah tidak memberi sebarang imej yang baik kepada kerajaan negeri. Ketika kerajaan negeri sendiri dikatakan enggan melaksanakan janji-janji dalam manifesto kerana ingin berjimat cermat, maka kita tentu tertanya-tanya rasional pembelian Camry yang jauh lebih mahal dari Perdana V6.

10. Pembelian Camry ini bukan sahaja menimbulkan tanda tanya kerana alasan ekonomi tetapi juga isu moral dan prosedur. Sebahagian kereta EXCO termasuk Menteri Besar baru berusia dua tahun. Ini jelas bertentangan dengan pekeliling perbendaharaan yang mensyarat kereta rasmi hanya boleh ditukar selepas lima tahun.

11. Jika saya disoal isu pembelian Mercedes oleh KDEB semasa saya, maka saya fikir adalah wajar Nik Nazdmi juga bertanya soal yang sama kepada "boss" nya.

12. Inilah yang dikatakan lain bengkak, lain bernanah. Orang ramai mempertikaikan isu pembelian Camry sebagai kereta rasmi kerajaan negeri, namun kerajaan negeri hanya mampu mengalih isu kepada pembelian Mercedes oleh KDEB pada zaman saya.

13. Akhbar NST juga memetik Nik Nazmi sebagai berkata, "the open tender was not used because the cars were bought at market price for RM130,000 each."

14. Saya tertanya-tanya penjual Toyota manakah yang menjual Camry 2.4 (seperti milik kerajaan negeri Selangor) dengan harga RM 130 ribu. Saya berharap Nik Nazmi tidak memberi masalah kepada penjual kereta Camry di seluruh negara dengan mendakwa harga pasaran kereta ini hanya berharga RM 130 ribu bukannya RM 170 ribu. Mungkin Nik Nazmi boleh menamakan penjual tersebut supaya orang ramai boleh turut membeli Camry di sana.

15. Saya juga tertanya-tanya apa sudah jadi dengan janji manis dan kata-kata manis Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa tiada kereta baru dan tiada pengubahsuaian baru ketika baru memenangani pilihan raya lalu.

16. Saya tahu Pakatan Rakyat boleh menceritakan pelbagai pembelian dan pembinaan yang dibuat pada zaman saya, namun pada akhirnya mereka haruslah bertanggungjawab atas apa yang mereka putuskan. Apatah lagi jumlah RM 2.5 juta pembelian Camry tersebut boleh membantu 50 ribu anak tadika di Selangor seperti yang dijanjikan mereka suatu ketika lalu.

Berani buat, beranilah tanggung.

p/s:- petikan nie aku amek dari PRO UMNO !
nak selanjutnya lawati:- http://www.mykmu.net